Skip to content

Tips Penyimpanan Hantaran perkahwinan.

Februari 16, 2010

Tips penyimpanan hantaran perkahwinan ini amat sesuai kepada bakal-bakal pengantin yang sedang menyiapkan hantaran perkahwinan mereka yang akan tiba tidak lama lagi. Tips penyimpanan hantaran perkahwianan ini mudah & dalam masa yang sama bakal pengantin tidaklah perlu kelam kabut membuat hantaran perkahwinan mereka pada saat-saat akhir kerana ada diantara bakal pengantin rasa bimbang ‘bila siap awal’ hantaran akan berabuk.

Tips penyimpanan hantaran ini akan memudahkan bakal pengantin untuk membuat persiapan lain setelah hantaran mereka dibuat awal. Penyimpanan hantaran ini juga menampakkan bakal pengantin mempunyai perancangan yang teliti dalam persiapan perkahwinan mereka.

Bahan-bahannya:

  1. kotak seberapa banyak hantaran yang telah anda buat.
  2. 1 roll pembungkus plastik transparence.
  3. 1 atau 2 paket ubat gegat.
  4. surat khabar.
  5. plaster tape
  6. double tape
  7. Gunting.
  8. label nama- nama hantaran anda satu persatu.

Cara-caranya:


Masukkan 2 keping surat kabar ke dalam kotak


Masukkan hantaran ke dalam kotak & letakkan juga 4 atau 5 biji ubat gegat jika suka.


Letakkan plastik transparence di atas permukaan kotak & lekatkan dengan plaster tape.


Untukkan mengelakkan plaster tape itu terbuka semula, lekatkan plaster tape dikeliling kotak supaya ia tidak terbuka kelak.


Inilah contoh kotak simpanan hantaran yang telah siap.


Bagi menampakkan kekemasan labelkan hantaran yang telah dibuat seperti ini & gunting label tersebut.


Lekatkan double tape dibelakang label tersebut.


Kemudian tampalkan ke atas permukaan kotak tadi.

Beginilah contoh kotak simpanan hantaran yang telah siap dilabelkan, senangkan Selamat mencuba..


One Comment leave one →
  1. ✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ permalink
    Februari 18, 2010 12:28

    salam..tips yg sgt menarik sy suke..nk tnye klu ltk ubt gegat tu…xberbau ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: