Skip to content

Care for Kak Yong (Launched)

November 23, 2009

Alhamdullilah.. Hari ini dapat juga meluangkan masa untuk updated blog saya ini setelah seminggu bercuti memberi tumpuan sepenuhnya menjaga 2 cahayamata mummy di rumah. Hari nie juga saya lihat kempen derma ikhlas untuk membantu kak yong semakin ramai yang menderma & ada juga yang mengwar2kan kempen ini di blog masing2.

Disini mummy juga tidak mahu ketinggalan mengwar2kan kempen untuk Kak Yong ini… Sebagai penghuni blogger baru terus terang katakan, mummy tidak mengenali Kak Yong ini namun setelah membaca dari blog Kak Siti Sifir dari blognya http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/project-mega-blogger-care-for-kakyong.html telah membuatkan saya tertarik membacanya & ingin terus mengenali kak yong ini seperti yang dikatakan oleh teman-teman blogger yang lain..

Mummy harap project ‘Rahsia’ khas untuk Kak yong ini akan tercapai & semakin ramai yang menderma untuk Kak yong…

Dengan ini saya copy lah sedikit coretan dari Blog Kak Siti sifir mengenai ‘Kak Yong & Kempen pembelian komputer baru untuk Kak Yong’ yer…

PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.

nuffnang_bid = “4ba4a288b68aee04847f28d2836bea08”;

Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Sebagai Renungan bersama dari Al- Quran- Surah Al-Baqarah (Ayat 215)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

One Comment leave one →
  1. Sitisifir10 permalink
    November 23, 2009 23:30

    Alhamdulillah, jumlah yang kita kumpulkan telah cukup, sila delete entry kakyong, rujuk http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/projek-care-for-kakyong-telah-berjaya.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: