Skip to content

Tonsillitis

November 17, 2009
Alhamdullillah Danish sudah beransur pulih & amat tertip dengan pengambilan ubat yang diberi oleh doktor sebelum dia pulang ke rumah pada 2 hari sudah. Danish juga akan memulakan persekolahannya semula esok pagi & malam nie pon Danish tido awal seperti biasa supaya senang beliau untuk bangun dari tidur pagi nanti.
Semenjak Danish keluar dari hospital baru2 ini, mummy semakin alert dengan pemakanan & menambahkan pemantauan dengan setiap aktiviti yang Danish & Dhiya lakukan setiap hari. Kini barulah mummy sedar tidak semestinya kita perlu alert mengenai perkembangan anak2 dari segi pembelajarannya disekolah atau dirumah setiap hari tetapi isu2 kesihatan mereka juga perlu dijaga & diutamakan….

Sebagai informasi bersama mummy amat berminat untuk kita kongsi bersama info mengenai ‘Tonsillitis’ ini. Semoga dengan adanya info sebegini dapatlah kita memahami & berjaga2 sekiranya gejala-gejala seperti ini berlaku kepada anak-anak anda ya…

TONSILLITIS

Definition :
Tonsilitis adalah radang dari tonsil, yaitu kelenjar limfe yang berada di dinding belakang tenggorokan. Tonsilitis lebih sering terjadi pada kanak-kanak, yang berisiko untuk berulang beberapa kali.

Cause :
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Sign & Symptoms :

  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.
  • Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Treatment :

  • Paracetamol bagi mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk, cth: ice cream
  • Banyakkan minum (air kosong)
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat secukupnya
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang – ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang diambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

References:

  1. http://www.internurse.com/cgi-bin/go.pl/library/article.cgi?uid=17512;article=NP_3_1_36_38
  2. http://www.internurse.com/cgi-bin/go.pl/library/article.cgi?uid=4931;article=PN_8_13_43_46

One Comment leave one →
  1. rosma permalink
    November 17, 2009 21:18

    Alhamdulliah danish dh baik..utk kak isma anggap ini satu dugaan ye..take care…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: