Skip to content

My Son admitted to Hospital

November 14, 2009

Hmm…. 12 November My lovely boy, Danish admitted to hospital because of high fever and having Tonsillitis… mummy risau tak tentu arah la…. dari mula-mula Danish demam pada 9 November lagi… walaupun mummy kerja sebagai jururawat tetapi hati ‘keibuan’ ini kadang-kadang bimbang melihat anak sendiri sakit di depan mata.

Letih bekerja shift malam mummy ketepikan demi menjaga anak di wad pada siang hari… Daddy suruh balik tapi mummy nak juga menjaga Danish bukan apa… kalau duduk di rumah pon hati nie tetap di wad mengenangkan anak yang tak reda-reda demamnya.

Danish anak yang lincah dan suka bertanya tiba-tiba pasif sejak dia demam, manalah hati ‘Ibu’ ini tidak risau. Makan & minum tidak mahu…. pujuk-pujuk adalah dia minum sikit-sikit tapi bila menelan sakit pada bahagian tonsil nya mesti Danish nangis.

Pada 13 November pagi suhu badan Danish masih tidak berubah, mummy semakin risau & Danish pula semakin restless & menangis sampai bengkak matanya. Penat mummy & daddy memujuk tapi hanya senyap untuk seketika sahaja. Doktor yang merawat Danish dari ENT team sampailah ke paediatric team dah mula berkali-kali melihat Danish hari tu.

Pada tengah harinya, doktor mengambil sample darah Danish untuk ujian Blood culture… Pada mulanya, Danish cool sahaja tapi bila melihat doktor mengikat tangannya untuk mendapatkan darah… Danish dah mula agresif sampaikan 2 jururawat bertugas & mummy memegang Danish tak berdaya menahan kekuatan Danish masa itu. Danish siap cakap ‘Doktor darah.. banyak waaa….’ marah sangat Danish kat doktor pada masa itu, mana tak nyer dari pagi sampailah ke tengah hari doktor asyik membelek dia… tapi apa pon Danish masih lagi memberi kerjasama pad doktor. Pada hari yang sama doktor sudah mula start IV antibiotic kepada Danish. Dari situlah, mummy dah mula melihat ada progressive rawatan antibiotic pada Danish sehingga keesokan harinya Danish dah mula mahu makan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, anak kesayang mummy nie semakin sihat nampaknya.

Selama Danish di wad nie, dia dah mula boring mana taknya… takder astro di wad. Kalau dirumah dari channel TVIQ, play House Disney, Cartoon Network, Disney Channel & Warna semua Danish boleh tengok cakap jer nanti mummy atau daddy boleh tukarkan. Tapi kali nie, mummy kenalah ralikkan dia dengan coloring book & toys yang ada di wad. Nasib baik mood dia baik, apa mummy bagi semuanya ok ajer… good boy.


Masa ni 1st day Danish dimasukkan ke wad. Muka sembab & lesu sahaja.


2nd day mummy belikan coloring book untuk Danish.


Petang tu mummy ambil puzzle di wad & letakkan di atas katil Danish. So dengan semua mainan yang ada itulah Danish main sepanjang hari….. sampai dah boring. Apa pon mummy harap Danish cepat sembuh, Hari ini pon Danish dah miss Graduation Day di sekolahnya… sampaikan semalam cikgu Shereen call bertanyakan khabar mengenai Danish. Tapi takper, next week Danish ada lagi party di sekolahnya, harap-harap Danish dapat hadir meraikannya bersama rakan-rakan disekolahnya… nanti mummy buatkan chocolate muffin untuk Danish bawakan ke sekolah yerrr…. daddy & mummy pon nak join sama….yeaaaa….

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: