Skip to content

‘Ni Tepung ke Bedak?’

November 7, 2009

Ni tepung ke bedak? hmmmm… ni semua gara-gara petang tadi Daddy & Mummy pergi memanjakan diri di Tiffa Beauty Care & Aromatherapy. Daddy buat rawatan resdung & Mummy plak macam biasa asal ke sana mesti rawatan muka, mandi sauna & massage.

Selalunya kalau mummy ke sana, Daddy hantar & sambil-sambil tu baca magazine/ newspaper sementara mummy dalam bilik rawatan Kak Tiffa nie.. Tapi kali nie daddy nak buat rawatan resdung plak. Nie mesti dah tak tahan la tu, mana taknya asyik gatal mata & pening-pening. Masa daddy on treatment ngan kak Tiffa sempatlah mummy ambil gambar nie untuk tunjukkan kat daddy nanti tak caya pulakkan… macam yang mummy kata tadi…. ‘ni tepung ke bedak?’… dua-dua bukan ‘hama’ yang sebenarnya keluar dari muka daddy semasa rawatan tu… Banyak betul hama yang keluar dari muka daddy nikan…


Mata daddy ditutup supaya hama-hama yang keluar dari muka daddy tidak memasuki mata. 1st time tengok daddy buat rawatan resdung nie…. Daddy nampak macam risau jerr.. Jangan risau mummy ada kat sebelah daddy…


Hmmm….. Daddy cool…


Lebih dari 10 batang rawatan resdung digunakan di muka daddy & inilah hasilnya… sampai dah habis rawatan daddy kata lega sikit sakit kepala & mata dah tak gatal-gatal macam sebelum nie… takper nanti bila daddy free kita pergi lagi yer…

Hmmm… mesti ada yang tertanya mana gambar mummy untuk rawatan muka/ sauna & masage kan… sorry yer.. takleh upload 18sx. Mummy citer jerlah yer… sepanjang rawatan boleh dikatakan dari sauna / rawatan muka sampailah ke massage mummy banyak tertidur… mana taknya badan rasa lega… jer dimanjakan.. sampai masa kak Tiffa suruh rehat jap kat atas katil lepas sauna mummy tido macam kat rumah… ish ish ish kritical….

Rawatan yang mummy ambil mengambil masa lebih dari 3 jam tetapi berbaloi sangat-sangat. Mummy suggest sesiapa yang selalu lenguh-lenguh badan letih bekerja, mengasuh anak apa-apa ajerlah cubalah merehatkan diri sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi merehatkan minda & mengembalikan kesegaran & kecantikan badan/ kulit kita.


No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: