Skip to content

‘Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa’

November 3, 2009

Baru-baru nie, Daddy bawa kami 3 beranak nie gie makan-makan di ‘Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa’. Mummy nie memang suka sangat makan steamboat…. hmmmm sedap sangat… Nak promote sikit meh.. lerrr.. saper2 yang ‘hantu’ steamboat boleh ler berkunjung ke restoran nie. Kalau ada yang allergic seafood makan atau bawa ubat allergic siap-siap.

Bukan apa dah la makanan sedap-sedap… pemandangan cantik sangat, jadi kalau ada sesiapa yang tengah merancang reunion ker makan malam ngan ‘girlfriend/ boyfriend’ atau nak makan besar ngan mertua isteri/ suami boleh ler ker sini. Tengah-tengah bandar besar nie menjamu selera ala-ala di laut gitu..


Dek kerana nak promote punya pasal mummy ambillah satu gambar nie, takut orang tak caya plakkan…


Yang nie pintu masuk utama restoran nie… suka sangat tengok ukiran kayu-kayu di restoran nie…


Ini adalah antara meja-meja makan untuk setiap tetamu yang datang ke restoran ini.


Nie juga antara meja-meja untuk tetamu… mummy kira-kira meja di restoran nie adalah lebih untuk 1000 tetamu boleh masuk sbb satu meja boleh duduk untuk 6 ke 10 orang…hmmm kaya tokey kedai nie…


Malam itu, setiap tetamu dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu zapin…hmmm bagus2 memang terhibur. Katanya malam-malam tertentu ada juga tarian-tarian melayu, nampaknuya kena pergi lagi sekali nie… hehehe..


Yang ni mummy ambil gambar dari tempat kami makan… picture tak bagus sangat nampaknya kenalah bodek daddy beli kamera baru nie…


Tengah-tengah restoran ini disediakan dengan hiasan kolam ikan… tapi dek sebabkan malam ikan tak nampak sangat… tidur kot sebab hujan plak malam tu..


Hidangan buffet juga disediakan… makan sampai kembung sesiapa yang perut ‘stocking’ amat sesuai dibawa ke sini….


Kalau dilihat tetamu-tetamu yang datang semuanya nampak berpuas hati mana taknya bertambah ada… ada yang duduk sekejap pas tu sambung balik makan… ish ish ish..


Baby macam biasa makan ok jerrr…


Abang jerlah… makan seafood tak reti tapi desert ok jerrr… tapi yang tak syokya tengah mummy syok makan ngan baby, abang menangis pulak sebab takut hujan. Nasib baik Daddy hayalkan abang dengan ikan-ikan kat kolam tu… so senyaplah abang…selamat-selamat..


Ha! yang nie steamboatnya, makanan seafood dihidangkan fresh… terjamin best makan sampai gatal-gatal nie ayat untuk orang yang dah tahu allergic tapi nak makan jugak…hehehe..


Daddy makan udang sampai kenyang tapi esoknya merah mata & gatal-gatal…. kesian daddy nasib baik ada ubat so sekejap jerlah gatal tu… takper yer daddy sabtu nie kita pergi spa yerrr….


Daddy continue makan sampai kenyang mummy pon ada gak tapi kena gilir-gilir, macam tulah hidup orang dah beranak nie kan… mana boleh tinggal gitu-gitu jerr kang baby celup tangan kat periuk steamboat tu.. sia-sia tidur di wad kan kan…

Hmmm… sesiapa yang teringin atau mengidam nak makan steamboat boleh lerr berkunjung ke restoran nie… best tau harganya berpatutan malam tu buffet untuk seorang RM25++ macam tu… cubalah…hmmmmmm

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: