Skip to content

Masa mengubah segalanya

Oktober 30, 2009

Masa mengubah segalanya! dahulu kami bergambar 5 atau 6 orang sahaja. Single katakan!!! dolu apa2 untuk diri sendiri jer. Dari fashion, make-up, magazine ‘remaja & Dara.com’ dan stok dapur mee maggie dalam almari. Set dapur- pinggan mangkuk 6 orang cukup2 & kuali/ senduk satu.

Study sampai tgh malam & menonton Televisyen jarang sekali. Jadual mengemas rumah pon ada untuk setiap minggu tak boleh ngelat2 dah. Mesti buat…

Handphone- zaman kami nie masih lagi design botol air ‘arkatel/ Nokia’ Bangga tu!!!. Poket uniform ‘pink’ tu padat la kalau letak handphone tu.


Inilah kami dolu2, dari kiri Aisyah, Haryanti, Mimi Wahida, Ismayanti & Norziana. Pada kala ini, kami slim giler, jaga badan katakan.


Sekarang ini kami tak lagi sorang2 tetapi semuanya dah berkeluarga. Masing2 maintain lagi walaupun dah beranak satu mahupun beranak 2. Cute pon maintain hahaha! bangga plak…. tak boleh tu.

Kalau diikutkan sepatutnyer kami berlima dalam gambar nie tapi disebabkan jamuan makan2 rumah mummy yang ‘bidan terjun’ nie ziana tak dapat datang kerja malam la! takper nextime mummy invite semua ‘Group 1/1999’ di jamuan khas tapi outdoor la sebab masing2 dah ada anak2 kelam kabut nanti kalau buat di rumah.

Now, we changed our hobbies and commitment. Magazine- ‘Rapi/ mingguan Wanita/ Impiana/ Pa & Ma & Nona. Stok dapur- Susu tepung anak, ikan/daging/ayam/sayur2an/ beras & macam2 lagilah keperluan orang berkahwin nie… set dapur lengap 12 orang siap tambah2 lagi, senang bila tetamu bertandang nanti.

Jadual mengemas rumah dah takder dah, sebab dah title Puan/ isteri/ mummy/ mama/ ibu / Umi- kami kena buat sendiri jer, hubby masing2 buat gak… kang tak tulis ngajuk plak… tapi betul nie suami2 nie rajin2 tapi kena train sikit2.

Hmmm, ada lagi nie antara kami yang dah lama kami tak jumpa. Hajar yang dah jauh nun di padang pasir sekarang nie. Masih cute & maintain bercita2 tinggi. Masih lagi dengan hobby melukisnya.


Inilah hajar bersama anak angkatnya Iman.


Ini kami 6 sekawan yang sentiasa bersama walau dimana pon kami pergi. Study bersama- sama & sentiasa membantu memperbaiki kelemahan setiap kawan dalam setiap subject yang diambil. Kenangan lalu terlalu hebat & kerana memori dahulu sentiasa diingatan kami ini. Oleh kerana memori itu jugalah yang membuatkan kami sentiasa mahukan yang terbaik dalam diri masing2.
Sayang korang semua…

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: