Skip to content

Di suatu hari…

Oktober 22, 2009

Pada suatu hari yang indah, 3 orang kanak-kanak telah pulang berhari raya di kampung datuk & neneknya. Mereka adalah 3 bersaudara yang comel dan bijak. Mereka adalah Danish (berbaju merah), Fahmi (berbaju hijau) dan yang comel bertoncet itu pula Dhiya.

Di dalam rumah atuk ada banyak barang mainan antaranya sebuah basikal yang cantik & ia sentiasa menjadi perhatian 3 kanak- kanak ini apabila balik ke kampung. Kali ini basikal cantik ini menjadi rebutan kanak-kanak ini.


Pada mulanya keadaan masih lagi boleh dikawal oleh atuk. Atuk dudukkan Dhiya di atas basikal & memegang handle basikal. Manakala Danish pula memerhati dari belakang. Dalam pemerhatian, atuk dapat menjangka 3 kanak-kanak ini sedang bersaing siapa yang akan berjaya menunggang basikal ini kembali.


Dhiya masih lagi memegang handle basikal dgn kuat & yakin dengan adanya atuk disisi dia akan terus dapat mengayuh basikal itu.


Namun kecekapan Fahmi untuk menaiki basikal ini tidak dapat disaingi oleh Dhiya. Dhiya dapat merasai basikal ini akan dimiliki oleh Fahmi lalu Dhiya terus menangis & Danish pula macam biasa hanya memerhati dari belakang, mungkin Danish telah menjangka bahawa kemenangan akan dimiliki oleh Fahmi & lebih baik dia melihat sahaja.


Dhiya mengadu kepada atuk & terus menangis. Danish pula telah mula bergerak ke belakang basikal dengan harapan kali ini dia dapat memiliki basikal ini.


Dhiya terus diselamatkan oleh atuk bagi mengelak cucu kesayangannya itu terus menangis dan Danish pula masih lagi dibelakang adiknya itu. Manakala Fahmi masih terus memegang handle basikal itu dengan kuatnya.


Akhirnya Fahmi juga yang berjaya memiliki basikal comel tersebut. Manakala Danish kecewa & terus mengalirkan airmata. Kesian anak bujang Mummy nie, nanti Mummy and Daddy buy a new bicycle to Danish YA! but remember you have to playing together with your little sister.


Baby jangan menangis Ya!

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: