Skip to content

Bubur Nasi & Kerabu Ikan Bilis

Oktober 22, 2009

Bahan-bahan:

kerabu ikan bilis:
segenggam ikan bilis (dibasuh bersih)
1 cawan minyak masak
2 biji Tomato (potong serong)
5 biji Cili padi Siam (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 batang Serai (dihiris)
4 biji limau (air jus sahaja diambil)

Nasi bubur:
1 cawan nasi (dicuci bersih)
5 cawan air ( boleh ditambah ikut jenis beras)
2 kiub ayam

Cara- cara:

Nasi bubur:

  1. Masukkan beras kedalam periuk nasi dan campurkan 5 cawan air tadi. Masak sehingga lembut dan boleh ditambah air sekiranya masih tidak lembut ataupun nasi kelihatan kurang airnya.
  2. Sesudah nasi busur lembut letakkan 2 kiub ayam & jangan tambahkan garam takut ia akan menjadi terlalu masin. apabila kiub telah sebati dengan bubur nasi tutup api & biarkan ia sejuk seketika.

Kerabu ikan bilis:

  1. Panaskan minyak masak didalam kuali & gorengkan ikan bilis sehingga garing. Kemudian letakkan ikan bilis tadi di atas tisu supaya lebihan minyak meresap pada tisu tersebut.
  2. masukkan tomato, bawang merah, cili padi & serai yang telah dipotong tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan ia sehingga sebati.
  3. Masukkan pula ikan bilis dan jus limau. Gaulkan sekali lagi & letakkan ke dalam pinggan.

Hidangan ini sesuai dihidangkan untuk mkn malam atau tgh hari. Terutama kepada sesiapa yang sedang berdiet. Nasi bubur ini sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga. Pada sesiapa yang tiada selera makan & tidak sihat boleh mencubanya…

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: