Skip to content

Masak Lemak Putih

Oktober 21, 2009

Bahan-bahan: (masak 4 orang makan)
1 biji Bawang merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
2 inci Halia (ditumbuk)
2 keping Tahu kering
1 helai Daun kunyit
2 gulung Soo Hoon
1 biji Carrot (potong panjang)
1 biji Cili hijau (dibuang biji & potong serong)
2 biji Kentang (potong 4 atau 6)
2 ketul Tahu (potong 4 atau 6)
1/2 sudu kecil Garam
1 kotak Santan

sedikit Ikan bilis/ Udang kering (ikut suka)
sedikit minyak masak


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan ikan bilis/ udang kering & goreng sehingga sedikit garing
  2. Kemudian masukkan bawang merah, halia & bawang putih yang ditumbuk tadi. Goreng sehingga kekuningan
  3. Masukkan kentang & carrot, masak untuk seketika
  4. Masukkan santan & daun kunyit. Kacau sehingga mendidih
  5. Setelah mendidih masukkan tahu, cili hijau dan garam
  6. Akhir sekali masukkan tahu kering & soo hoon. Kacau & masak dalam 5minit.

Ia sesuai dibuat untuk hidangan launch atau diner. Amat sesuai diberi makan kepada kanak-kanak & anak saya sendiri amat menggemarinya. Boleh dimakan begitu sahaja.
Selamat mencuba…

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: