Skip to content

Ikan Masak Kicap

Oktober 21, 2009

Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 ketul Ikan (digoreng) ikan ikut saiz & jenis yang anda suka
3 biji Cili merah (potong 2 & dibuang biji)
1 batang Kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1 sudu kecil Bawang merah (blanded)
1 sudu kecil Halia (blanded)
1 sudu kecil Bawang putih (blanded)

1/2 cawan Kicap manis
1 biji Bawang merah (potong bulat) jika mahu
secubit Jintan manis (ditubuk)
secubit Jintan putih (ditumbuk)
sedikit Minyak masak


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan jintan manis + jintan putih (ditumbuk), batang kayu manis & bunga lawang. Goreng sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih & halia yang di blanded tadi. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili merah & sedikit garam.
  4. Masukkan kicap manis & bawang merang (potong bulat) tadi. Biarkan ia selama 5minit.

Menu ini amat sesuai bagi ibu/ mummy/ umi & mama yang bekerja. Hidangan yang simple dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga kerana ia tidak pedas. Sekiranya anda hendak pedas boleh juga ditambah dengan cili padi sedikit. Jika suka boleh juga diletakkan Soo hoon sedikit bagi menambah selera.

Hidangan ini amat mudah, saya sendiri suka masak masakan ini untuk keluarga. Selamat mencuba….

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: