Skip to content

Danish’s Lasagna

Oktober 21, 2009



Bahan-bahan:

1 bungkus daging/ ayam kisar (Brand Ramly)
1 tin sup tomato
2 tin sup cendawan (campbell)
1 botol bolognese sauce
1 tin cendawan (kalau nak)
1 bungkus mix vegetables (kalau nak)
1 paket mozarella cheese
secubit garam & 1/2 sudu lada hitam
1 biji bawang besar (potong dadu)
4 ulas bawang putih (potong dadu)
1 kotak lasagna (tidak perlu rebus)

Cara-cara:

  1. Bawang besar & bawang putih ditumis sehingga kekuningan
  2. Masukkan daging/ ayam kisar & masakkan sehingga kering airnya. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, italian herbs, mix vege dan cendawan. Masakkan sehingga kering dan tidak terlalu berair
  3. Sediakan baking dish dan sapukan dengan mentega disekelilingnya
  4. Letakkan satu lapisan nipis sos lasagna daging/ ayam tadi kedalam baking dish
  5. Kemudian letakkan pula satu lapisan lasagna & pastikan seluruh lapisan daging/ ayam ditutup
  6. Diatas lapisan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan (campbell)
  7. diatas sup cendawan letakkan satu lapisan sup cendawan
  8. Ulangi langkah 4-7 dan jangan buat terlalu banyak lapisan, nanti tinggi. Pastikan lapisan atas/ lapisan terakhir adalah soso tomato.
  9. Diatas sos tomato, taburkan mozarella cheese (lagi banyak lagi sedap) dan taburkan sedikir italian herbs di atas cheese
  10. Panaskan oven pada suhu 180C dan masak dalam 15-20minit. Pastikan cheese tidak hangus.

Hidangan ini sesuai untuk menu makan malam. Mudah dan sesuai kepada sesiapa yang kurang gemar makan nasi diwaktu malam. Ia sedap dimakan ketika panas. Anak-anak saya gemar makan lasagna ini. Danish siap cakap ‘sedap mummy nanti masak lagi yer’.. pandai dia ambil hati mummy dia nie… hehehe.

Selamat mencuba….

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: