Skip to content

kitchen cabinet (bhgn3)

September 17, 2009

Hmmm…. dapat juga saya luangkan masa untuk mengisi blog saya ini… oklah lebih baik saya ringkaskan sahaja… cerita kitchen cabinet nie kan… Setelah 2-3 minggu menggunakan kitchen cabinet dan oven nie barulah saya dapat upload gambar kitchen cabinet ke blog ini… dek kerana kesibukan kerja dan assignment yang perlu saya hantar selepas raya ini yang membuatkan kadang kala blog saya nie kadang kala tidak dapat di update setiap hari…

Untuk pengetahuan pembaca, saya nie amat berminat dengan hiasan kayu sahaja... dan saya lebih senang/ selesa hiasan yang ringkas iaitu ‘classic sensation’… so pemilihan kayu kitchen cabinet dapur ini adalah solid nyatoh… jadi disebabkan keinginan untuk mendapatkan dapur yang tahan lama dan berkualiti… saya sanggup bertahan mengumpul duit untuk memiliki kitchen cabinet yang diinginkan…. nasib baik hubby amat memahami dan mempunyai minat yang sama… thank you daddy. Hubby selalu kata pada saya, ‘orang yang sentiasa bersabar adalah orang yang paling bijak, berjaya dan mudah untuk memiliki apa yang dikehendakinya…. hanya perlukan KESABARAN itu yang penting’.


Panjang table top ini adalah 12kaki keseluruhannya… so bahagian tepi tu bolehlah saya letakkan lauk pauk atau bahan-bahan yang hendak saya masak. Saya nie cerewet sikit… saya kurang berminat meletakkan lauk pauk di meja makan selepas makan dan saya lebih selesa jika diletakkan di table top sahaja… so meja makan kami akan kosong apabila selepas makan. Sebab itulah table top saya nie dipanjangkan sedikit….


Bahagian tepi dapur saya letakkan fridge & washing machine. So ia nampaklah tersorok sikit dan kemas jika dilihat susunannya. Bahagian lantai fridge & washing machine saya tinggikan supaya memudahkan saya untuk vacuum dam mengemop… so tiadalah sampah atau habuk boleh tersangkut dibawahnya.


Ok pada ‘kitchen cabinet (bhgn2)’ saya ada katakan saya juga ada menambah cabinet khas untuk tetamu… so pada gambar di atas ‘kiri’ yang bercermin tu adalah cabinet yang saya katakan itu.. bahagian bawah cabinet ini adalah rak kasut so… semua kasut kami sekeluarga akan disimpan disitu. Pada bahagian atas cabinet pula saya buat rak tuala khas buat guest yang datang bertandang ke rumah kami.


Beginilah keseluruhan cerita ‘kitchen cabinet’ saya ini diharap dapatlah sedikit idea bagi sesiapa yang sedang mencari idea2 baru untuk kitchen cabinet yang diingini. http://www.scikitchen.com/h2.php

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: