Skip to content

‘Adikku Sayang’

Julai 16, 2009

Adik sebelum sakit- Aidilfitri 2007

Amat sukar hati ini untuk meluahkan rasa hati yang dah hampir 2thn melihat adik yang amat disayangi oleh semua ahli keluarga, sedang bertarung nyawa melawan penyakit yang dihadapinya. Pada mata kawan-kawan yang mengenali diri ini mungkin akan mengatakan saya seorang yang tabah. Namun ketabahan hati ini kadang kala terguris juga apabila mengenangkan adik yang sakit ini.

Ismahadir adik saya yang ke-4 dari 6 adik-beradik, dia anak lelaki sulong buat mak& abah. Zaman sekolah dulu adik mahadir nielah yang jaga saya di sekolah. Masa tu takder siapa berani usik saya, ada yang siap cakap ‘wei! itu kakak mahadir la, jangan usik’. Mahadir bukan samseng di sekolah cuma dia tidak suka saya diusik oleh budak2 lelaki. Mahadir masa kecik2 dulu comel sangat.. tembam & bermata coklat. Dia adik yang baik & pandai menjaga hati mak & abah. Dia juga seorang yang periang & penyeri rumah mak & abah dikala kami berkumpul. Kalau mahadir takde rumah mesti sunyi & kami mesti teringat kat dia. Mahadir pandai mengambil hati setiap hati adik beradik & dia pandai sangat bergurau. Setiap gurauan adik mesti jadi bahan ketawa kami sampai boleh teringat2 la….

Kadang kala hati ini terdetik berkata kenapa mesti adik aku????…………


Adik selepas menjalani Chemotherapy- hanya Allah yang tahu hati IBU ini. Kemana sahaja adik pergi pasti emak disisi.

Saya ingat lagi masa kami sekolah menengah dulu mak jual nasi lemak, pagi2 lagi adik dah bangun tolong mak bawa semua lauk2 & bekas nasi dengan menggunakan trolley yang abah buat. Seingat saya, trolley tu berat sampaikan saya sendiri tak boleh tolak, kuat betul tenaga adik menolak trolley tu tiap2 pagi terus tolak & tolak naik ke atas bukit tempat mak menjual nasi. Adik tidak suka bersungut, tiap apa yang diminta dia pasti buat. Adik tidak suka menyusahkan mak & abah. Adik seorang yang ringan tulang, rajin mengemas rumah dan pandai memasak. Yang paling saya tidak boleh lupa, ‘sambal sardin’ masakan adik. Kami makan bersama2, siap ambil daun pisang buat alas nasi bagi meningkat selera makan. hmmmm….. sedap sangat, hampir dikatakan kerap juga kami buat macam tu. Adik pandai masak kari tau… kalau dulu2 masa mak & abah takder di rumah boleh dikatakan menu kari ikan/ ayam yang akan adik buat … sedap air tangan adik.

Zaman saya kecil2 dulu mahadir lah adik & kawan yang paling rapat dengan saya, kadang2 tu gaduh gak nak2 kalau dia pecahkan rahsia saya. Saya rapat juga dengan adik-beradik yang lain tapi disebabkan jarak umur kami hanya beza setahun so tu yang boleh jadi kawan tu. Kalau nak kawan dengan Along & Angah susah skit sebab jarak umur jau
h sangat & 2 adik yang lain kecik sangat..

Adik nie, tip top ‘popular uncle’ antara adik2 lain… setiap anak buah suka kat dia… sebut ‘pakteh’ anak2 saya mesti kenal. Pakteh suka layan anak2 buahnya.. apa2 sahaja mereka hendak dia ikutkan.


Pakteh seorang yang penyayang.


Tahun berganti tahun, kami semakin
dewasa & ikut haluan masing2. Dalam tahun 2000 -2001 adik telah masuk ke Kolej Tentera Udara, Ipoh & disanalah kerjaya adik bermula. Buat pertama kalinya adik berjauhan dengan mak & abah. Boleh dikatakan kerap abah menanti panggilan telefon dari adik. Bukan apa anak kesayangan dia kemana abah pergi adik mesti dijadikan teman. Sampai adik dah kerja pon abah mesti nak call dia dan takde soalan lain hanya tanya ‘Bila nak Cuti?’. Semasa adik di Ipoh dulu, kami pernah menjenguk adik disana masa tu alangkah terkejutnya melihat adik yang tembam dah jadi kurus. Masa tu ada juga antara adik beradik yang nangis.. mungkin kami rapat & rindu dekat dia. Hanya air mata & peluk sayang kami menjadi ganti masa itu. Mak & abah jangan cakap la bangga & rindu bercampur aduk masa itu.

Kini, ‘BUAH HATI’ kami sakit. Kami tahan air mata demi adik yang tersayang. Pada bulan November 2007 adik dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Adik menerima rawatan segera di kecemasan masa itu.. saya yang berkerja pagi masa tu terkejut menerima sms dari adik yang mengatakan dia di PPUM. Masa itu saya berdoa ‘janganlah ada perkara buruk terjadi pada adik’. Setelah habis kerja saya & hubby terus ke PPUM melawat adik & sampai disana saya lihat chest tube telah ditusuk didada kanan adik & menggunakan oksigen. Keadaan adik masa itu tenat tetapi dia kuat melawan sakitnya itu. Macam2 test dibuat oleh doktor sampailah ke ujian biopsy mengesahkan adik menghidapi ‘lymphoma’. Bagaikan mimpi ngeri buat kami sekeluarga & sukar untuk diterima oleh adik. Namun akhirnya kami redha & tabah menghadapi dugaan ini bersama demi ‘adik’. Saya mohon pada doktor supaya adik menjalani rawatan ke PPUKM supaya mudah untuk saya & keluarga melihatnya. Doktor bersetuju & pada 12 Disembaer adik telah dimasukkan ke PPUKM untuk rawatan penyakitnya itu.

Sepanjang 2thn ini, adik telah menjalani bermacam2 jenis ubat chemo khas untuk merawat penyakitnya. Macam2 dugaan datang dekat adik sepanjang rawatan- sakit, pening, muntah , ulcer & kurang selera makan dah selalu terjadi dekat adik. Kami sekeluarga sentiasa menjengok adik & aku pula boleh dikatakan tiap-hari melihat dia. Kalau tak sempat datang pagi saya datang petang & tak sempat petang saya datang malam. Macam itulah rutin saya setiap hari, tapi kalau saya keletihan, saya bagi tahu awal pada dia supaya dia tahu. Mak sentiasa berada disisi adik sepanjang dia di wad sampaikan pegawai tentera yang datang melawat adik beri katil lipat untuk mak tidur di malam hari. Pada Januari 2009 adik telah menjalani rawatan stem cell dari darah dia sendiri dan bulan Julai ia ‘relapse’ kembali setelah ‘PET scan’ mengesahkan ada lagi ketumbuhan pada buah pinggang (renal) & paru2 (lungs) sedikit. Adik dah tak tau nak kata apa pada mak ‘nak keluar air mata pon dah tak boleh mak’… sedih aku mendengar dari cerita along kat telefon tadi…

Doktor mahu kami 5 beradik menjalani ujian ‘HLA Typing Human leukocyte Antigen’ pada 6 Ogos ini. Ujian ini adalah untuk melihat siapa diantara kami yang sesuai menjadi penderma kepada adik. Kami akan menjalani ujian ini & diharap adalah yang sesuai antara kami ini.

*Buat adik Mahadir ‘Jangan putus asa, KAMI sayang sangat dekat MAHADIR’, Along, Angah, Alang, Joi & Hafiz sentiasa bersama mahadir….

*Buat pembaca blog ‘Impian Isma’ ini sama-samalah doakan adik saya supaya cepat sembuh yer… kerana ia adalah salah satu perkara yang terciptanya ‘Impian Isma’ ini…

4 Komen leave one →
  1. ✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ permalink
    Julai 17, 2009 15:35

    salam kak….sy doakan semoga adk akak cpt sembuh…semoga dia kuat semangat…semoga akak sabar…byk kan berdoa…

  2. kamalnzura permalink
    Julai 19, 2009 00:37

    Salam perkenalan…

    Moga2 Mahadir cepat sembuh…InsyaAllah…

    btw..sy hanizura, ex-classmate ur hubby kat SMTAS..:D

  3. cikMilah permalink
    Julai 20, 2009 23:48

    Salam, Thanks for sharing.. Maksu tak pernah tahu. Tak tertahan airmata baca entry ni. Semuga seluruh keluarga tabah. Adik memerlukan kekuatan kita untuk bertarung dengan kanser. Usah bertanya, kenapa harus kena pada Adik, dia terpilih untuk menghadapi ujian Allah. Sila ke blog Raden Galoh – Onebreastbouncing – ada kat link Nyanyian Angin, she is a cancer survivor. Kat side bar blog dia ada catatan surah-surah AL-QURAN untuk amalan bagi melawan kanser. Maksu dah jumpa dia, moga dapat menfaat darinya.
    Salam sayang dan doa – Maksu.

  4. fazmila permalink
    Julai 30, 2009 14:26

    saya harap awak tabah dan sabar menghadapi stp ujian dari Nya…ader hikmah disebalik semua ini dan org yang selalu duberi dugaan adalah antara di sayang Nya…Semoga miracle happend to him…amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: