Skip to content

Khasiat Air Kosong

Julai 13, 2009

Hari ini, terbaca 1 info pemakanan (Rapi Sihat. Cantik, 2009) mengatakan pengamalan minum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk menyingkir toksik melalui ‘sistem perkumuhan’ & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Dimana ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.

Selain daripada itu, air kosong juga dapat membantu anda mendapatkan tubuh badan yang kekal langsing, kulit yang cerah serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini, terutamanya mereka yang biasa minum minuman bergas dan bergula. pengambilan 8 gelas air kong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadikanlah air kosong sebagai ‘menu wajib’ harian anda jika ingin wajah yang berseri dan langsing.

Japanese Medical Society berjaya membuktikan amalan minum air kosong sebaik bangun tidur setiap pagi mampu memulihkan penyakit termasuk srius. Antaranya: sakit kepala, sakit badan, sistem jantung. arthiritis, degupan jantung pantas, epilepsi, high kolesterol, bronchitis, TB, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Peraturan bagi memastikan keberkesanannya adalah:

  1. Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi & sebelum memberus gigi.
  2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa2 untuk 45minit.
  3. Selepas 45minit anda boleh makan & minum seperti biasa.
  4. Selepas 15minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2jam.
  5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum 4 gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai 4 gelas sehari.
  6. Kedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  • high blood pressure- 30hari
  • gastric- 10hari
  • diabetes- 30hari
  • sembelit- 10 hari
  • cancer- 180hari
  • TB- 90hari

Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Dari pengalaman saya sendiri yang hampir 2tahun menjadikan minum air kosong sebagai ‘menu utama’ harian saya dimana sahaja. Saya sentiasa memastikan saya minum air kosong sekurang2nya 1liter sehari dan Alhamdulillah masalah gastric dan sembelit saya semakin berkurangan. Saya juga dapat menurunkan berat badan saya dari 68kg ke 55kg tahun ini. Disamping itu, pengambilan pemakanan yang seimbang juga perlu diutamakan.

Selamat mencuba.


Reference list:
Rapi Sihat. Cantik (2009) ‘info pemakanan’, 1 Julai, p.81.
Kementerian Pembangunan Wanita (2009) Air Kosong Penawar Pelbagai jenis Penyakit Available at: http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=factntips_content1&factipsID=22&lang=malay&pages=1

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: